Thursday 10 November 2011

0 Bapaku Pulang Dari Kota

NEXT - Bapaku Pulang Dari Kota

0 TAMAK HALOBA

NEXT - TAMAK HALOBA

0 PADI EMAS



Pada suatu masa, Raja Cahaya Santaka dari kayangan turun bermain-main di bumi. Baginda membawa isteri dan tujuh puteri baginda yang jelita. Ramailah sekalian rakyat jelata mengiringi baginda bermain-main itu.
Ketika berada di bumi, tujuh puteri baginda itu terlalu suka mandi-manda di sungai yang jernih airnya. Ada banyak batu-batu besar di tebing sungai itu. Ketujuh-tujuh orang puteri itu akan mengutip bunga-bungaan yang berkembang mekar di hutan tempat mereka berhenti itu.
Ketika di bumi, setiap mereka di bekalkan dengan seuncang padi emas. Selalulah mereka menabur padi emas itu di celah-celah batu. Mereka suka melihat cahaya pantulan emas di celah-celah batu itu.

Apabila hendak pulang, mereka akan mengutip semula padi emas itu. Padi emas itu akan di masukkan semula ke dalam uncangnya. Begitulah halnya setiap kali mereka turun bermain.


Pada suatu hari, ketika mereka bermain, puteri yang ketujuh menabur padi emas di celah-celah batu. Tapi malangnya, ketika mereka hendak pulang, semua padi itu telah hilang. Raja Cahaya Santaka terlalu murka akan puteri ketujuh baginda. Menurut baginda satu malapetaka akan terjadi di negeri baginda di kayangan.



Lalu puteri ketujuh di tinggalkan di bumi untuk mencari padi emas itu. Mereka yang lain semuanya pulang ke kayangan. Puteri ketujuh sentiasalah mencari padi emas yang hilang itu. Bebarapa hari kemudian dia melihat anak benih menghijau tumbuh di celah-celah batu di situ. Makin lama anak benih itu semakin membesar dan akhirnya berbuah.


Duduklah puteri ketujuh dari musim ke musim menanam padi dari benih yang di dapatinya itu. Akhirnya kawasan padinya semakin luas. Kemudian ramailah orang datang mengambil benih padi daripadanya. Tidaklah dia pulang kekayangan lagi.

NEXT - PADI EMAS

0 SALAH ANGGAP

NEXT - SALAH ANGGAP

0 BAPAK BOREK ANAK RINTIK



NEXT - BAPAK BOREK ANAK RINTIK

0 Manusia Menjadi Labi-labi



Labu baru berkahwin. Dia dan isterinya masih remaja. Labu dan isterinya mendirikan rumah di kaki bukit. Di situ ada banyak tasik kecil.

"Mek, hari ini abang nak mengail. Mana tahu, dapat ikan besar," kata Labu kepada isterinya pada suatu hari.

Labu memilih tasik di kaki bukit. Sampai di pinggir tasik,dia duduk. Labu mencampakkan mata kail dan terus berangan-angan. Dia membayangkan ikan besar menelan umpan kailnya.

Waktu berlalu dan umpannya sentiasa habis dan asyik berganti. Apabila senja, Labu pun pulang ke rumah. Esoknya Labu pergi mengail lagi.

Sudah masuk hari ketiga Labu mengail. Tidak semena-mena mata kailnya diragut. Labu terus menariknya. Muncullah seekor labi-labi.Labu menariknya ke darat. Terkelip-kelip mata labi-labi itu.

"Wahai Labu, lepaskanlah aku. Aku akan tolong engkau," kata labi-labi itu.

"Bohong! Sudah tiga hari aku kecewa," kata Labu.

Labu marah dan dia mencencang labi-labi itu dengan parang. Matilah labi-labi itu.

Tidak lama kemudian Labu terasa tubuhnya panas. Dia turun berendam di dalam air tasik. Tiba-tiba, Labu terasa tubuhnya berubah. Tangan, badan dan kakinya bertukar menjadi labi-labi. Namun kepalanya tidak berubah.

Dia melaung memanggil isterinya. Alangkah terkejutnya si isteri kerana si suami telah menjadi labi-labi berkepala manusia. Dia jijik melihat suaminya begitu. Dia terus lari ke dalam hutan. Tinggallah Labu di situ bersendirian.

Dia insaf akan perbuatan khianatnya.Sepatutnya dia tidak menganiyai labi-labi itu.
NEXT - Manusia Menjadi Labi-labi

0 Seloka Pak Kaduk



Maksud Seloka:-

  • Pak Kaduk bernasib malang kerana ayam sabungnya menang tetapi kampungnya tergadai kerana sebelum pertandingan dia bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam raja.
  • Pak Kaduk kelaparan kerana mencurah nasi yang ada. Dia membuat keputusan yang bodoh iaitu dengan mudik ketika air sedang surut dan menghilir ketika air sedang pasang. Dia hampir mati kerana tidak makan kerana membunuh isterinya (kerana sikap panas baran)
  • Malang sekali lagi menimpa Pak Kaduk apabila sedang belayar kematian angin dan apabila hendak berlabuh, angin mula bertiup.
  • Akhirnya dia merempat di tempat orang walaupun mempunyai rumah.
NEXT - Seloka Pak Kaduk

0 Chan Mali Chan

NEXT - Chan Mali Chan

0 Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

NEXT - Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

0 PANTUN 2 KERAT

Menjala senangin dapat di beting,
si kepala angin cepat melenting.

Menyuling air pada senja sepi,
si juling air terbawa ke mimpi.

Kepal pulut di dalam piring,
gatal mulut kena tempeleng.

Kuini berulat di dalam piring,
berani lalat temberang lebih.

Tabuh betingkah di malam gelita,
Subuh gajah dapatkah pahala?

Todak seluang betutu pari,
si otak udang guru cabut lari.

Sudah bertiti tiada bergalah,
buah hati tiada yang salah.

Di tepi kolam menjahit sepatu,
si kaki ayam berkulit kematu.

Berbunyi jelatik di rimba sana,
pelangi tak cantik dek buta warna.

Petola madu isi di kotak,
gila-gila memandu mati katak.

Semilir angin mersik berbisik,
puteri lilin asyik bersolek.

Pedada jati semalu kerakap,
ada hati malu nak cakap.
NEXT - PANTUN 2 KERAT

0 PANTUN JENAKA

Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin
NEXT - PANTUN JENAKA

0 PANTUN TEKA-TEKI

Kalau Tuan pergi ke kedai
Belikan saya buah keranji
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati
Bentuknya bulat daripada besi
Bila bermain diikat sekuat hati
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Burung nuri burung dara
Terbang ke sisi taman kayangan
Cubalah teka wahai saudara
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya
Penyeri taman dan juga hutan
Ramai orang datang bertanya
Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa
Encik Dollah dirumahnya
Ada tepung ada kelapa
Gula Melaka jadi intinya
NEXT - PANTUN TEKA-TEKI

0 PANTUN NASIHAT

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati



Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa




Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk



Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi



Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu



NEXT - PANTUN NASIHAT

0 SUKUKATA a i u


a i u
ba bi bu
ka ki ku
na ni nu
sa si su
da di du
ya yi yu
ta ti tu
ma mi mu
la li lu
ba bi bu
ya yi yu
ta ti tu
sa si su
NEXT - SUKUKATA a i u

Friday 14 October 2011

0 LANGKAH 1 SUKU KATA TERBUKA

NEXT - LANGKAH 1 SUKU KATA TERBUKA

0 Kad Imbasan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu

NEXT - Kad Imbasan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu

SAHABAT

Sponsor


 

BIJAK BAHASA MALAYSIA | Copyright © 2011
Designed by Rinda's Templates | Picture by Wanpagu
Template by Blogger Platform